Ungkapan para sahabat..

Saidina Umar r.a berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."
Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".
Iman itu ialah ketaqwaan kepada Allah, penuh khauf dan raja'. Jadi apabila kita ditimpa ditimpa sesuatu musibah atau ujian pintalah kepada Allah agar dibesarkan iman untuk kita hadapinya bukan diminta dikecilkan masalah yang kita hadapi.

Thursday, May 5, 2011

HAK ORANG ISLAM KEPADA ORANG ISLAM YANG LAIN

 Rasulullah SAW sentiasa menyeru umatnya agar menjalani hidup secara bermasyarakat atau berjamaah iaitu hidup secara saling membantu. Kehidupan secara sendiri-sendiri atau menyisih diri dari orang lain adalah terkeluar dari cara hidup Islam. Rasulullah SAW bersabda: Hak orang muslim ke atas orang Islam yang lain ada enam perkara.
      Para sahabat bertanya. Apakah wahai Rasulullah?
      Baginda menjawab;
      1. Apabila bertemu dengannya hendaklah mengucapkan salam kepadanya.
      2. Bila dia mengundang kamu ke rumahnya, maka hendaklah kamu perkenankan.
      3. Bila dia meminta agar dinasihatkan, hendaklah engkau nasihati.
      4. Bila dia bersin, lalu memuji Allah dengan menyebut Alhamdulillah, maka ucapkanlah kepadanya Yarhamkallah.
      5. Bila dia sakit, ziarahilah dia.
      6. Bila dia mati, maka iringilah jenazahnya.

      Daripada hadis tersebut jelas bahawa Islam telah menetapkan bahawa orang-orang Islam tidak boleh hidup secara mementingkan diri atau memencilkan diri dari masyarakat. Sakit demam, kenduri kendara dan susah senang serta kematian; jiran dan saudaralah yang akan membantu. Janganlah kerana pekerjaan dan mengejar kekayaan, kita mengenepikan hal masyarakat terutama pada golongan muda hari ini. Suatu masa nanti kita tetap memerlukan orang lain. Jadi ujudkanlah hubungan dengan mereka agar bila kita memerlukan mereka, mereka akan membantu.

No comments:

Post a Comment